Canseleri Jerman
Canseleri Jerman

Canseleri Jerman

Canseleri Jerman (Bahasa Jerman: Bundeskanzleramt) adalah sebuah agensi yang menjadi pejabat eksekutif Canselor Jerman, iaitu ketua kerajaan persekutuan, Angela Merkel. Fungsi utama Canseleri ialah membantu Canselor dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti kerajaan persekutuan. Ketua Canseleri (Chef des Bundeskanzleramtes) menyandang jawatan Setiausaha Negara (Staatssekretär) atau Menteri Persekutuan (Bundesminister), yang kini dipegang oleh Peter Altmaier. Bundeskanzleramt juga adalah nama bangunan di Berlin yang menempatkan pejabat-pejabat peribadi Canselor dan kakitangan Canseleri. Palais Schaumburg di Bonn adalah pejabat rasmi kedua Canseleri Persekutuan Jerman. Dibuka pada tahun 2001, Canseleri Berlin merupakan salah satu bangunan ibupejabat kerajaan terbesar di dunia. Sebagai perbandingan, bangunan baru Canseleri adalah sepuluh kali ganda lebih besar dari Rumah Putih.[2]